Watak dan Perwatakan Komamura_Sajin

Komamura ialah watak tertinggi dalam Bleach. Ketinggiannya melebihi Zaraki Kenpachi sebanyak 33cm. Hanya seorang lagi yang berbadan lebih besar daripadanya iaitu pengawal pintu Seireitei yang semuanya melebihi ketinggian 50 kaki. Rupa fizikalnya agak pelik kerana dia nampak seperti seekor serigala dan mempunyai personaliti serigala dan musang. Dia juga telah dipanggil sebagai "musang jahanam" oleh Kenpachi beberapa kali tetapi mempunyai bulu merah seperti serigala.

Wajah sebenar Komamura

Pada asalnya, Komamura amat malu akan rupa parasnya. Oleh itu, dia memakai topi keledar buluh untuk menyembunyikan wajahnya dan memakai pakaian yang panjang supaya dapat menutupi anggota badannya yang seperti binatang. Sarung tangannya pula sangat besar dan digunakan untuk menutupi keseluruhan tangannya.

Sebelum bertemu dengan Tōsen Kaname, dia menyembunyikan kuasa semangat sekerap mungkin supaya orang lain tidak akan mengesan kehadirannya. Selepas pertarungannya dengan Kenpachi (topi keledarnya dimusnahkan dalam kejadian ini), dia berasa cukup yakin untuk bergerak di Soul Society tanpa menyembunyikan mukanya.

Keadaan Komamura yang seakan-akan haiwan menjadi gurauan dalam siri omake. Dalam episod khas 96, Hisagi Shūhei menghadiahkan satu sikat istimewa yang disukai oleh Komamura. Sebenarnya, sikat istimewa tersebut ialah sikat haiwan belaan yang dibeli di dunia manusia dengan bantuan Inoue Orihime. Pernah juga dia berkata bahawa seandainya dia perlu ke alam nyata, dia mempunyai satu gigai (leftenannya beranggapan bahawa gigai tersebut berupa seekor anak anjing perang). Selain itu, apabila Leftenan Iba bertanyakan arah tandas lelaki, Komamura menunjukkan lokasi sebatang tiang (seekor anjing sedang membuang air kecil di pangkal tiang tersebut). Sebenarnya, tandas sebenar berada di kanan Iba (kepala Zaraki Kenpachi, Madarame Ikkaku dan Ayasegawa Yumichika tertonjol dari pintu untuk melihat perbuatan Iba).